AM > BERITA

Banjir Di Kedah Makin Pulih, 1, 885 Mangsa Berada Di PPS

26/09/2024 08:54 AM

ALOR SETAR, 26 Sept (Bernama) -- Banjir di Kedah semakin pulih apabila hanya 1,885 mangsa daripada 593 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berbanding 2,366 orang daripada 736 keluarga malam tadi.Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa terlibat ditempatkan di 18 PPS di tiga daerah iaitu Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.

Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila terdapat 1,216 orang daripada 365 keluarga  ditempatkan di 10 PPS diikuti Kota Setar sebanyak 605 mangsa daripada 203 keluarga di tujuh PPS dan Pokok Sena pula masih terdapat satu PPS dibuka yang menempatkan 64 mangsa daripada 25 keluarga.

Setakat semalam, sebanyak 4,769 mangsa telah mendaftar keluar daripada PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), aras air di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar berada pada paras amaran iaitu 1.58 meter.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan