AM > BERITA

Tiga Lagi PPS Ditutup, Mangsa Banjir Di Kedah Berkurangan Kepada 609 Orang

26/09/2024 08:29 PM

ALOR SETAR, 26 Sept (Bernama) --Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah ditutup petang tadi, menjadikan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 609 orang setakat 8 malam ini, berbanding 888 orang petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS yang ditutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Temenggung dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh di daerah Pendang, serta SK Tualang di daerah Pokok Sena.

Semua mangsa yang masih berada di PPS ketika ini terdiri daripada 163 keluarga di daerah Pendang.

Lapan PPS masih beroperasi di daerah tersebut iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, SMK Pendang, SMK Tanah Merah, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, SK Haji Mohamad Ariff, SK Tanah Merah dan SK Syed Ibrahim.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 malam, paras air Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar serta Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi tahap waspada.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan