AM > BERITA

Enam PPS Ditutup, Mangsa Banjir Di Kedah Berkurang Kepada 207 Orang

27/09/2024 05:14 PM

ALOR SETAR, 27 Sept (Bernama) -- Enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang ditutup menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah hanya berbaki 207 orang setakat 4 petang ini berbanding 609 orang pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa daripada 49 keluarga itu masih ditempatkan di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang.

Enam PPS yang ditutup secara berperingkat hari ini ialah SMK Tanah Merah, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah, SK Haji Mohamad Ariff dan SK Syed Ibrahim selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran setakat 4 petang ini paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi paras bahaya iaitu 22.45 meter (m) manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar merekodkan tahap waspada iaitu 1.52m.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan