AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Kedah Kekal 207 Orang Malam Ini

27/09/2024 09:23 PM

ALOR SETAR, 27 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 207 orang daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang setakat 8 malam ini.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak 188 orang daripada 42 keluarga berada di PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah manakala 19 orang daripada tujuh keluarga berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran setakat 8 malam ini paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi paras bahaya iaitu 22.47 meter manakala sungai lain di Kedah berada pada paras normal.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan