BERITA TERGEMPAR   Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | 
 AM > BERITA

Ahmad Zahid Minta Mangsa Banjir Utamakan Keselamatan, Patuhi Arahan

27/11/2024 01:07 PM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka yang berada di kawasan berisiko banjir supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara meminta orang ramai tidak mengambil risiko yang boleh membahayakan nyawa terutama dalam situasi yang tidak menentu ketika ini.

“Amaran hujan berterusan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga menunjukkan keadaan cuaca yang berpotensi membawa risiko lebih besar terutamanya di kawasan yang dinyatakan dalam kategori bahaya, buruk dan waspada.

“Hujan lebat dijangka berlarutan hingga 29 Nov dan ini memerlukan kita semua lebih bersedia serta berwaspada,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar mangsa yang terjejas banjir terus tabah menghadapi ujian dan segala urusan mereka dipermudah.

Beliau berkata berdasarkan Laporan Bencana Nasional daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenai situasi banjir semasa, sebanyak lima negeri terjejas akibat banjir setakat 8 pagi tadi yang kini ditempatkan di 46 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah di Kelantan, dua di Terengganu, dan masing-masing satu di Pahang, Johor, dan Perak.

Beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia atau melalui aplikasi myCuaca bagi perkembangan terkini dan maklumat sahih tentang keadaan cuaca.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan