AM > BERITA

Lebih 1,000 Kes Jangkitan Penyakit Dikesan Di PPS Seluruh Terengganu

05/12/2024 12:51 PM

KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Bernama) -- Sebanyak 1,245 kes penyakit berjangkit dikesan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu pada musim banjir kali ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong.

Beliau berkata kes tertinggi adalah melibatkan jangkitan saluran pernafasan iaitu sebanyak 969 kes diikuti penyakit kulit 166 kes.

"Kes lain termasuk jangkitan demam iaitu sebanyak 63 kes manakala keradangan perut dan usus 47 kes. Selain itu ada beberapa kes membabitkan keradangan mata.

“Tetapi kita bernasib baik kerana tiada sebarang jangkitan penyakit serius yang boleh menyebabkan wabak," katanya ketika dihubungi.

Justeru, Dr Kasemani meminta orang ramai terutama yang tinggal di kawasan banjir dan PPS supaya mempraktikkan amalan kebersihan dan keselamatan bagi mengelak jangkitan penyakit.

“Mangsa yang berada di kawasan banjir terdedah kepada penyakit berjangkit seperti cirit-birit, jangkitan bakteria Escherichia Coli atau E-coli serta leptospirosis (penyakit kencing tikus),” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan