AM > BERITA

Pendaftaran Seminar Belanjawan 2025 Dibuka Hari Ini - LHDN

06/12/2024 02:52 PM

PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pendaftaran penyertaan Seminar Belanjawan 2025 dibuka hari ini susulan, pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober lepas.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi portal pendaftaran seminar di https://seminar.hasil.gov.my.

LHDN dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, seminar tersebut akan dianjurkan sebanyak empat siri iaitu zon Timur di Kuala Terengganu pada 8 Jan 2025, zon Selatan di Johor Bahru pada (9 Jan), zon Utara di Pulau Pinang pada (13 Jan) dan zon tengah di Kuala Lumpur pada (14 Jan).

"Seminar ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemas kini, meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan informasi terkini mengenai pindaan Akta yang ditadbir oleh LHDN, susulan cadangan Belanjawan 2025,” menurut kenyataan itu.

Sebagai nilai tambah, seminar itu akan turut membincangkan isu-isu percukaian semasa, termasuk Tadbir Urus Percukaian Korporat: Ke Arah Memperkukuh Pematuhan Cukai.

Perbincangan akan menumpukan kepada pelaksanaan tadbir urus percukaian korporat negara bagi meningkatkan kepatuhan syarikat terhadap kewajipan cukai serta memperkukuh integriti sistem percukaian negara.

Selain itu, isu pelaksanaan e-Invois di Malaysia turut akan dibincangkan sebagai langkah penting dalam reformasi sistem percukaian negara, khususnya dalam meningkatkan ketelusan, kecekapan dan kepatuhan cukai.

LHDN menggalakkan penyertaan orang ramai, khususnya pengamal percukaian, badan perakaunan profesional, serta pembayar cukai dalam seminar ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada pihak urus setia melalui e-mel di spkhasil@hasil.gov.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan