AM > BERITA

BANJIR DI KELANTAN PULIH, PPS TERAKHIR DITUTUP PETANG INI

11/12/2024 08:21 PM

 

KOTA BHARU, 11 Dis (Bernama) -- Gelombang kedua banjir yang melanda Kelantan sejak Isnin lepas pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di jajahan Gua Musang menamatkan operasinya petang tadi.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang Bun Tham a/l Eh Gin berkata PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi. 

"Alhamdulillah, kesemua mangsa yang terjejas telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekitar pukul 5 petang tadi susulan banjir di penempatan mereka sudah surut, selain pihak penguat kuasa juga berpuas hati untuk membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras bahaya dengan bacaan 9.16 meter (m), manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai melepasi paras amaran iaitu 24.09 m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri bermula 8 Dis lepas sehingga hari ini termasuk Kelantan, Terengganu dan Perlis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan