KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie Hisamudin, yang meninggal dunia pada usia 30 tahun, semalam.
Fahmi menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
“Allahyarham juga pernah berkhidmat dengan FMT. Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham.
“Saya doakan agar kekal tabah dan sabar berdepan ujian dan kehilangan ini. Al-Fatihah,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial