AM > BERITA

PAHANG GERAKKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE KELANTAN 

12/12/2024 12:39 PM

KUANTAN, 12 Dis (Bernama) -- Kerajaan Pahang hari ini menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir Sukarelawan Pahang ke Kelantan sebagai komitmen terhadap usaha kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.

Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata misi berkenaan melibatkan hampir 400 sukarelawan termasuk daripada kakitangan jabatan negeri, badan berkanun, MajlIs Tindakan Sosial Pahang (MTSP) yang ditugaskan untuk membantu kawasan terkesan akibat banjir,

Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada usaha pembersihan rumah dan sekolah yang terjejas, serta pengagihan bantuan kepada komuniti yang memerlukan. 

“Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terkesan dengan memberi fokus di Jajahan Tumpat, yang melibatkan kawasan Kampung Sri Bayu,” katanya dalam kenyataan.

Zulkifli berkata kesungguhan kerajaan negeri  dalam membantu komuniti yang terjejas, terutamanya dalam menghadapi impak bencana ini dilaksanakan melalui kerjasama dan sokongan semua pihak. 

Sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru semua pihak untuk bersama-sama menyokong inisiatif murni ini demi kesejahteraan bersama.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan