AM > BERITA

Mangsa Banjir Perak, Selangor Berkurang, Pahang Kekal

07/12/2025 10:03 AM

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Perak dan Selangor terus menunjukkan pemulihan dengan jumlah mangsa semakin berkurangan,  manakala keadaan di Pahang kekal tidak berubah setakat pagi ini.

Di PERAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 995 orang daripada 279 keluarga, berbanding 1,021 orang (291 keluarga) yang masih berada di sembilan PPS di tiga daerah malam tadi.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan Hilir Perak kekal mencatat jumlah tertinggi iaitu 442 mangsa, diikuti Bagan Datuk (335 orang) dan Manjung (218 orang).

Sementara itu, JPS melaporkan dua sungai berada pada paras bahaya, iaitu Sungai Bidor di Changkat Jong yang merekodkan paras 3.86 meter (normal sekitar 2m), dan Sungai Slim di Slim River pada paras 25.63m (normal 23.50m).

SELANGOR mencatatkan jumlah mangsa sebanyak 40 orang dairpada 13 keluarga, berbanding 114 mangsa (45 keluarga), semalam.

Menurut laman web InfoBencana JKM, hanya satu PPS masih beroperasi di daerah Kuala Selangor.

Di PAHANG, jumlah mangsa kekal 31 orang daripada 12 keluarga sejak malam tadi.

InfoBencana JKM memaklumkan 24 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Ulu Sungai, Raub, manakala tujuh sekeluarga berada di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

Bacaan paras air di semua sungai utama yang dipantau JPS negeri berada di bawah paras bahaya.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan