JANTUNG

K
UALA LUMPUR, XXX (Bernama) -- Jantung merupakan antara organ paling penting dalam sistem tubuh manusia.

Peranan jantung adalah sangat besar iaitu bertanggungjawab mengepam darah ke seluruh badan.

Jantung yang berdegup, akan mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh melalui saluran darah atau sistem peredaran darah.

Kegagalan fungsi jantung akan menyebabkan individu itu berdepan dengan risiko kematian.

Serangan jantung turut dilihat sebagai pembunuh nombor satu diperingkat global.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung adalah punca utama kematian di seluruh dunia dan diramalkan menjelang 2030 seramai 23.6 juta penduduk di seluruh dunia akan menghidap penyakit jantung kronik.

Di  Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  sebelum ini turut memaklumkan sekitar dua dekad yang lalu, beban penyakit berkaitan jantung telah merekodkan peningkatan daripada 11.6 peratus pada 2000 kepada 17 peratus pada 2020.

 

ORANG MUDA

Berkongsi mengenainya, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Sunway Dr Richard Chan mengakui penyakit jantung di negara ini dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat dan umur pesakit juga cenderung menjadi lebih muda berbanding negara Barat yang lain.

Beliau berkata  jika sebelum ini penyakit jantung dianggap penyakit orang tua, namun ia kini tidak boleh lagi dipandang enteng lagi  oleh golongan muda.

Katanya, ia berikutan trend terkini menunjukkan pesakit jantung turut berada dalam kategori mereka yang berumur seawal 50-an.

‘’Ia termasuklah penyakit jantung iskemik. Penyakit jantung lebih dikenali sebagai serangan jantung. Ia berlaku apabila kekurangan pembekalan darah ke bahagian jantung.

‘’Situasi ini biasanya disebabkan oleh proses “atherosklerosis”, iaitu penumpukan plak kolesterol atau lemak di salur darah. Penyakit jantung  iskemik biasanya berlaku secara kronik dan progresif , di mana aliran darah ke jantung semakin berkurang dari masa ke semasa kerana tersumbat. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan menjejaskan perjalanan sistem tubuh manusia,’’ katanya kepada Bernama.

Rekod oleh Data Pangkata Data Kardiovaskular Kebangsaan (NCVD) sebelum ini turut menunjukkan bahawa purata umur pesakit serangan jantung di Malaysia adalah 57 tahun iaitu lebih muda dari umur pesakit di negara maju lain.

Menurut NCVD,  lebih membimbangkan, kira-kira 24 peratus pesakit serangan jantung terdiri daripada mereka yang berumur kurang dari 50 tahun.

‘’Menurut data terbaru pula, purata umur bagi pesakit serangan jantung di Malaysia adalah sekitar 50 hingga 60 tahun, namun terdapat peningkatan kes serangan jantung yang berlaku pada usia lebih muda, seawal usia 30 ke 40-an.

‘’Sehubungan itu daripada kajian-kajian sedia ada kita boleh rumuskan bahawa terdapat peningkatan penyakit jantung yang berlaku pada orang muda, dan secara realitinya setiap orang ada kemungkinan untuk mengalami masalah jantung,’’ kata Dr Richard.

Beliau berkata adalah penting untuk setiap ahli masyarakat mula memberikan perhatian kepada kesihatan jantung diperingkat umur masih muda bagi memastikan kesihatan masing-masing berada pada tahap terbaik dan secara tidak langsung juga memperolehi kehidupan yang lebih lama.

 

GAYA HIDUP

Dr Richard berkata banyak sebab mendorong golongan muda berdepan risiko penyakit jantung dan penyebab utama yang dilihat ketika ini adalah gaya hidup

Penulis
23 September 2024
Kata kunci
Artikel berkaitan

© 2024 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.