DUNIA > BERITA

AZERBAIJAN PEROLEH PESAWAT PEJUANG JF-17 BUATAN PAKISTAN

25/09/2024 09:03 PM

NEW DELHI, 25 Sept (Bernama) -- Azerbaijan memperoleh jet pejuang JF-17 buatan Pakistan sebagai peningkatan ketara untuk kekuatan tentera udaranya.

JF-17, usaha sama antara China Aviation Industry Corporation (AVIC) dan Pakistan Aeronautical Complex (PAC) diserahkan kepada Presiden Ilham Aliyev pada Rabu semasa pertunjukan udara, lapor media Azeri.

Dalam gambar yang disiarkan di media sosial, Aliyev dilihat duduk di kokpit JF-17 Thunder Block III, versi canggih pesawat itu, semasa Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa Azerbaijan (ADEX-2024) di Baku.

"Pesawat pelbagai guna moden JF-17C telah dimasukkan ke dalam senjata Tentera Udara Azerbaijan," kata Ali Alizada, Duta Besar Azerbaijan ke Iran, dalam catatan media sosial.

Ia dianggap sebagai pesawat pejuang generasi 4.5 dan versi terkini dilengkapi dengan keupayaan tempur yang dipertingkatkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan