DUNIA > BERITA

UTAMAKAN PERDAMAIAN DAN KEPENTINGAN RAKYAT DALAM TANGANI KRISIS UKRAINE - WANG YI

26/09/2024 03:36 PM

NEW YORK,26 Sept (Bernama-CMG) -- Pelbagai pihak yang terlibat dalam krisis Ukraine perlu mengutamakan perdamaian dan kepentingan rakyat serta mengambil langkah nyata untuk menggalakkan keamanan dan mewujudkan dialog, menurut Menteri Luar China Wang Yi.

Beliau yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) diharap memainkan peranannya dalam usaha membantu pihak berkepentingan mengurangkan perselisihan, meraikan perbezaan pendapat serta menebus persamaan, memelihara keselamatan yang patut dimiliki bersama dan membina kedamaian yang berkekalan.

Wang ketika menghadiri mesyuarat peringkat tinggi UNSC mengenai isu Ukraine di ibu pejabat PBB, di sini pada Selasa turut menekankan tiga perkara yang patut dijadikan keutamaan iaitu meredakan ketegangan semasa sebagai tugas mendesak, memikul tanggungjawab lebih besar untuk menggalakkan keamanan dan mengadakan rundingan damai, serta mengambil tindakan cepat untuk mengawal kesan konflik berkenaan.

Menurut Wang, pendirian China dalam isu Ukraine yang memasuki tahun ketiga amat jelas dan tidak pernah berubah. Presiden Xi Jinping pernah menegaskan bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara perlu dihormati, manifesto dan prinsip Piagam PBB perlu ditaati, keprihatinan rasional pelbagai negara perlu diambil kira, dan semua usaha yang berfaedah bagi penyelesaian krisis secara damai perlu mendapat sokongan.

China mengekalkan perhubungan dengan pelbagai pihak terlibat termasuk Rusia dan Ukraine, konsisten dalam menjalankan usaha sewajarnya bagi membantu pelbagai pihak membina konsensus dan mendorong penyelesaian krisis Ukraine secara politik.

Sementara itu, Wang menekankan bahawa masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama untuk menjana lebih banyak impak sosial, bersuara lebih rasional dan berusaha untuk mewujudkan keamanan serantau yang berkekalan.

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan