DUNIA > BERITA

CHINA BERAKSI SOKONG "SELATAN GLOBAL" MELALUI GDI

27/09/2024 02:58 PM

NEW YORK, 27 Sept (Bernama-CMG) -- Melalui usaha bersama pelbagai pihak, Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran Presiden China Xi Jinping telah berkembang menjadi satu konsensus antarabangsa, dan sebagai satu konsep kerjasama dapat diterjemahkan di tahap pelaksanaan dalam senario global.

Ia juga boleh dilihat sebagai satu pakej penyelesaian yang bercirikan China bagi menyumbang kepada pelaksanaan Agenda Pembangunan Berterusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri majlis pelancaran "China Beraksi Sokong 'Selatan Global' melalui GDI" di ibu pejabat PBB di sini pada Rabu waktu tempatan.

Wang yang juga Ahli Biro Politik Pusat Parti Komunis China menunjukkan bahawa dalam tempoh tiga tahun lepas, pelbagai pihak telah berusaha mendorong dialog Selatan-Utara dan mengeratkan kerjasama Selatan-Selatan sehingga dapat melengkapkan mekanisme GDI melalui pembinaan dan membuahkan hasil demi manfaat "Selatan Global".

"Negara mana-mana pun tidak sepatutnya tercicir sepanjang proses modenisasi dunia. Menyokong pembangunan di negara "Selatan Global" merupakan satu keutamaan yang ditekankan GDI. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak di bawah GDI, dan mempercepat langkah dalam melaksanakan Agenda Pembangunan Berterusan PBB 2030 supaya dapat menjadikan setiap negara dan setiap orang relevan dengan pencapaian modenisasi'" ujar Wang.

Turut hadir, Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-79, Philémon Yang, Naib Setiausaha Agung PBB, Li Junhua, pegawai peringkat menteri dari lebih 20 negara seperti Laos, Kemboja, Ethiopia, Burundi, Uganda, Burkina Faso, Dominica dan Cuba.

Philémon Yang berkata GDI anjuran China memperlihatkan peranannya sebagai peneraju di persada dunia, dan mendapat sokongan daripada banyak negara kerana membawa makna yang besar dalam membantu negara "Selatan Global" memperjuangkan matlamat pembangunan berterusan melalui pendekatan baharu.

-- BERNAMA-CMG

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan