DUNIA > BERITA

BINTANG HARRY POTTER DAME MAGGIE SMITH MENINGGAL DUNIA

28/09/2024 12:22 AM

LONDON, 27 Sept (Bernama-Anadolu) -- Pelakon British Dame Maggie Smith, yang terkenal dengan watak ikoniknya dalam Downton Abbey dan siri filem Harry Potter, meninggal dunia pada Jumaat pada usia 89 tahun.

Berita ini disahkan oleh anak-anaknya, Chris Larkin dan Toby Stephens, lapor Agensi Anadolu.

Dame Maggie meninggal dunia di hospital, dikelilingi oleh rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat. "Sebagai seorang yang sangat menjaga privasi, beliau berada bersama rakan-rakan dan keluarga pada saat akhir," kata anak-anaknya.

"Beliau meninggalkan dua anak lelaki dan lima cucu yang sangat menyayanginya, yang berasa amat sedih dengan kehilangan ibu dan nenek mereka yang luar biasa."

Kerjayanya yang cemerlang menjangkau lebih enam dekad. Beliau memenangi dua Anugerah Akademi: Pelakon Wanita Terbaik untuk The Prime of Miss Jean Brodie pada tahun 1969 dan Pelakon Pembantu Terbaik untuk California Suite pada tahun 1978.

Beliau kemudiannya memikat hati generasi baharu peminat melalui wataknya sebagai Violet Crawley, Countess Balu  Grantham dalam Downton Abbey, serta Profesor Minerva McGonagall dalam siri filem Harry Potter.

-- BERNAMA-ANADOLU AGENCY

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan