DUNIA > BERITA

1,100 LOH BERSEJARAH IRAN KEMBALI BERSAMA KEPULANGAN PEZESHKIAN DARI NEW YORK

28/09/2024 12:35 AM

TEHRAN, 27 Sept (Bernama-IRNA) -- Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membawa pulang 1,100 loh bersejarah dari New York selepas kembali ke tanah air usai menghadiri mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar raya Amerika Syarikat (AS) itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Loh bersejarah itu milik Darius I, juga dikenali sebagai Darius Agung, yang memerintah Empayar Achaemenid pada abad ke-5 SM.

Pemulangan loh itu berlaku selepas rundingan intensif antara Kementerian Luar dan Warisan Kebudayaan Iran serta Jabatan Undang-Undang Pejabat Presiden dengan Institut Kajian Oriental di Universiti Chicago.

Loh ini kebanyakannya ditulis dengan tulisan pepaku dalam Bahasa Elamite atau Aramaik, dengan pelbagai bentuk dan saiz, dan kandungannya kebanyakannya berkaitan dengan pengurusan sumber, jalan raya, hubungan sosial, keperluan asas hidup, upah dan ekonomi masyarakat Achaemenid semasa pemerintahan Darius I.

Tulisan pepaku adalah sistem tulisan yang digunakan untuk menulis beberapa bahasa di Timur Dekat Purba.

-- BERNAMA-IRNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan