DUNIA > BERITA

DELEGASI TURKIYE DAN LAIN-LAIN KELUAR DARIPADA PERHIMPUNAN AGUNG PBB, TANDA PROTES TERHADAP PM ISRAEL

28/09/2024 01:27 AM

NEW YORK, 27 Sept (Bernama-Anadolu) -- Delegasi Turkiye dan ramai yang lain meninggalkan sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-79 pada Jumaat sebagai protes menjelang ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa delegasi yang diketuai oleh wakil tetap Turkiye ke PBB, Duta Ahmet Yildiz, meninggalkan dewan sebelum Netanyahu memulakan ucapannya.

Banyak delegasi lain dilihat mengikuti protes delegasi Turkiye dan turut keluar dari dewan.

Timbul kritikan mengenai keputusan untuk membenarkan Netanyahu berucap di PBB, memandangkan Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan sedang berusaha mendapatkan waran tangkap terhadapnya atas dakwaan  melakukan "jenayah perang."

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan