DUNIA > BERITA

MALAYSIA SUMBANG RM1.5 JUTA BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA LUBNAN

29/11/2024 06:30 PM

PUTRAJAYA, 29 Nov (Bernama) -- Malaysia menghulurkan sokongannya kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusiaan, menekankan solidariti berterusan negara dengan rakyat Lubnan dan usaha membina keamanan. 

Menurut kenyataan Kementerian Luar, cek itu diserahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Duta Besar Lubnan ke Malaysia George Bitar Ghanem dalam satu majlis di sini, Jumaat.

Sumbangan itu memenuhi janji Malaysia yang dibuat semasa pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati di sela-sela Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi pada 11 Nov, menurut kementerian itu. 

"Sumbangan ini adalah lambang solidariti berterusan Malaysia dengan rakyat Lubnan. Bantuan ini diharapkan dapat membantu dan mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas akibat serangan Israel terutamanya ketika negara itu bakal memasuki musim sejuk. 

"Malaysia kekal komited untuk menyumbang kepada inisiatif kemanusiaan antarabangsa dan menyokong usaha membina keamanan di zon konflik," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan