JEDDAH, 1 Nov (Bernama-SPA) -- Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dengan kerjasama Program Pengalaman Jemaah akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji kelima di Jeddah dari 9 hingga 12 Nov, bertemakan “From Makkah to the World.”
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program berkenaan akan menampilkan lebih 80 sesi dan 60 bengkel khusus yang disertai oleh ahli akademik, penyelidik, serta wakil pejabat hal ehwal haji dan misi diplomatik dari pelbagai negara.
Selain itu, lebih 2,400 peserta latihan dari seluruh dunia dijangka mengambil bahagian dalam acara berkenaan.
Pameran yang berlangsung seiring dengan persidangan itu akan meliputi kawasan seluas lebih 52,000 meter persegi dengan penyertaan lebih 260 pempamer dari 137 negara, yang akan mempamerkan pelbagai teknologi dan perkhidmatan terkini berkaitan ekosistem haji dan umrah.
Persidangan tahun ini dijangka menyaksikan pelancaran beberapa inisiatif berimpak tinggi serta pemeteraian perjanjian baharu yang akan memperkukuh integrasi teknologi, pembangunan bandar dan kemudahan untuk jemaah haji.
Pendekatan itu mencerminkan peranan utama Kerajaan Arab Saudi dalam khidmatnya terhadap Islam dan umat Islam di seluruh dunia.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial