DUNIA > BERITA

PASARAN NEV CHINA TERUS TUMBUH KUKUH

12/11/2025 04:37 PM

BEIJING, 12 Nov (Bernama-CMG) -- Sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) China mengekalkan pertumbuhan kukuh sejak awal tahun ini, didorong oleh peningkatan bekalan model baharu serta penaiktarafan teknologi pembuatan secara berterusan.

Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), Chen Shihua berkata siri dasar subsidi yang diperkenalkan kerajaan antaranya program tukar beli turut menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan pasaran berkenaan.

Data CAAM menunjukkan jumlah pengeluaran dan jualan NEV di China dari Januari hingga Oktober 2025 mencatat kenaikan lebih 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan masing-masing mencapai 13.015 juta unit dan 12.943 juta unit.

Antaranya, jualan NEV bagi bulan Oktober buat julung kalinya melepasi 50 peratus daripada keseluruhan jualan kenderaan di dalam negeri.

Dalam tempoh sama, jumlah eksport NEV menyaksikan lonjakan sebanyak 90 peratus tahun ke tahun dengan merekodkan 2.014 juta unit.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan