DUNIA > BERITA

HEGSETH UMUM OPERASI SASAR ‘NARCO-TERRORISTS’

14/11/2025 02:44 PM

 

“Hari ini saya mengumumkan Operasi SOUTHERN SPEAR. 

“Diketuai Pasukan Petugas Bersama Southern Spear dan @SOUTHCOM, misi ini mempertahankan tanah air kita, menyingkirkan pengganas narkotik dari Hemisfera Barat serta melindungi negara daripada kemasukan dadah yang membunuh rakyat kita. 

"Hemisfera Barat ialah kejiranan Amerika dan kita akan mengambil langkah untuk melindunginya, kata Hegseth dalam hantaran di platform media sosial X.

Pengumuman itu dibuat susulan ketibaan kapal pengangkut pesawat terbesar dunia, USS Gerald R Ford di perairan Caribbean awal minggu ini. 

Washington menjelaskan bahawa kehadiran tenteranya di rantau berkenaan bertujuan memerangi organisasi jenayah rentas negara dan melindungi AS daripada dadah haram.

Sejak September, pentadbiran Presiden Donald Trump membenarkan serangan di Caribbean dan Pasifik ke atas bot yang didakwa membawa narkotik ke AS. 

Serangan itu dilaporkan meragut puluhan nyawa setakat ini.

Tindakan berkenaan menerima kritikan meluas, sebahagiannya kerana pentadbiran Trump pada peringkat awal tidak menyatakan asas undang-undang bagi operasi itu.

Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan