EKONOMI > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH SEDIKIT SUSULAN PENGAMBILAN UNTUNG

26/09/2024 07:13 PM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan prestasi kukuh sebelum ini, kata seorang penganalisis. 

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.06 mata atau 0.12 peratus untuk ditutup kepada 1,671.32.

Indeks utama itu yang dibuka rendah turun 3.19 mata kepada 1,670.19, bergerak antara paras  1,666.19 dan 1,672.60 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 582 berbanding 525 manakala 493 kaunter tidak berubah, 916 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.13 bilion unit bernilai RM2.84 bilion daripada 3.59 bilion unit bernilai RM3.29 bilion. 

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata bursa tempatan terjejas akibat daripada tekanan jualan di kaunter wajaran tinggi terpilih berikutan prestasi rendah ekuiti Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Bagaimanapun, kebanyakan indeks serantau ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kemungkinan kesan limpahan daripada pengumuman pakej pemulihan ekonomi China baru-baru ini. 

“Saham pengguna dan perbankan menerajui keuntungan dalam kalangan komponen FBM KLCI, dipacu oleh gabungan faktor inflasi rendah dan pengukuhan ringgit, yang dijangka meningkatkan kuasa beli pengguna dan meningkatkan pendapatan korporat

"Selain itu, walaupun sentimen yang lemah, namun, beberapa sektor dalam Bursa Malaysia menunjukkan daya tahan, dengan indeks pengguna Bursa Malaysia, ACE dan penjagaan kesihatan semuanya mencatat pertumbuhan positif," katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek berpandangan FBM KLCI berada di kedudukan untuk meneruskan trajektori menaiknya, disokong oleh langkah-langkah rangsangan China, pengukuhan ringgit, dasar domestik yang lebih jelas dan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan yang lebih kukuh.

Beliau berkata acara InvestMalaysia yang sedang berlangsung, dengan tumpuan terhadap Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menyediakan pemangkin tambahan bagi peningkatan pasaran.

“Bagaimanapun, kemampanan jangka panjang aliran meningkat ini sebahagian besarnya bergantung kepada hala tuju dasar yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2025 akan datang,” katanya.

Sementara itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaran kekal dalam fasa penstabilan selepas kenaikan kukuh sebelum ini, namun beliau percaya trend in hanya sementara, bagi membolehkan pasaran membina asas kukuh sekitar paras 1,660.

"Kami kekal yakin terhadap pasaran tempatan dan menjangkakan ia terus meningkat dengan trajektori menaik yang kukuh dalam tempoh terdekat,” katanya.  

Justeru, Thong menjangkakan indeks petunjuk pasaran itu diniagakan dalam jajaran 1,660 hingga 1,680 menuju ke hujung minggu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Public Bank meningkat empat sen kepada RM4.67, IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM7.15 manakala Maybank susut empat sen kepada RM10.66, Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM14.92 dan CIMB Group tidak berubah pada RM8.28.

Dalam kalangan kaunter cergas, Sarawak Cable dan Artroniq naik empat sen setiap satu masing-masing kepada 14.5 sen dan 12 sen, manakala Pegasus Heights meningkat setengah sen kepada satu sen dan Bahvest Resources melonjak 7.5 sen kepada 71 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 24.14 mata kepada 12,459.90, Indeks FBM Emas Shariah susut 36.63 mata kepada 12,329.47, Indeks FBMT 100 berkurangan 25.78 mata kepada 12,158.72, Indeks FBM jatuh 77.51 mata kepada 17,498.26 manakala FBM ACE meningkat 66.16 mata kepada 5,197.84.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 67.98 mata kepada 7,184.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.80 mata kepada 176.89, Indeks Tenaga berkurangan 14.65 mata kepada 856.04 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 32.05 mata kepada 19,675.86.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.60 bilion unit bernilai RM2.57 bilion daripada 2.11 bilion unit bernilai RM3.02 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran turun sedikit kepada 1.57 bilion unit bernilai RM142.93 juta daripada 1.06 bilion unit bernilai RM133.57 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 465.10 juta unit bernilai RM122.71 juta daripada 410.42 juta unit bernilai RM134.84 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 231.81 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (322.03 juta), pembinaan (158.70 juta), teknologi (182.38 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (107.85 juta), hartanah (246.02 juta), perladangan (29.74 juta), REIT (23.52 juta), dana tertutup (62,400), tenaga (84.93 juta), penjagaan kesihatan (88.56 juta), telekomunikasi dan media (29.58 juta), pengangkutan dan logistik (34.57 juta), utiliti (57.83 juta), dan amanah perniagaan (1.33 juta).

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan