EKONOMI > BERITA

INDEKS HARGA PENGELUAR OGOS 2024 YANG RENDAH DIJANGKA KEKALKAN PARAS OPR - MIDF

27/09/2024 09:36 AM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada tiga peratus bagi 2024 susulan inflasi indeks harga pengeluar (PPI) Malaysia yang mereda kepada 0.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos lepas berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya. 

IHPR mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata penyederhanaan inflasi IHPR juga secara amnya menunjukkan kesan terhad daripada perubahan dasar, seperti rasionalisasi subsidi diesel ke atas kos pengeluaran tempatan. 

"Sehubungan itu dengan inflasi masih terkawal, kami tidak menjangkakan OPR akan diselaraskan lagi pada (tempoh berbaki) tahun ini," katanya menerusi nota tinjauan cabang penyelidikannya, MIDF Research, hari ini.

Memetik data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada Khamis, MIDF Research berkata IHPR bagi Ogos 2024 juga merupakan kenaikan paling perlahan dalam tempoh enam bulan.

"Keadaan itu disebabkan oleh harga komoditi yang lebih rendah, terutama harga minyak mentah Brent yang turun 7.3 peratus tahun ke tahun kepada US$78.88 setong," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan