EKONOMI > BERITA

SKOP PELEPASAN GHG, PARAS HARGA KARBON JADI TERAS KERANGKA CUKAI KARBON -- MOF

09/12/2025 10:10 PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan penetapan skop pelepasan gas rumah hijau (GHG),  paras harga karbon yang sesuai, serta nilai ambang pelepasan sebagai elemen utama dalam pembentukan kerangka cukai karbon, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, ia berkata perhatian  turut diberikan kepada pembangunan sistem pemantauan dan pelaporan pelepasan (MRV) yang telus, efisien selain diyakini oleh industri serta pelabur.

“Selain itu, integrasi mekanisme cukai karbon dengan pasaran karbon domestik dan potensi pelaksanaan Sistem Perdagangan Pelepasan (ETS) adalah penting bagi menyediakan fleksibiliti pematuhan serta mengurangkan kos pengawalan pelepasan kepada industri,” katanya.

Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Wu Him Ven berkenaan reka bentuk cukai karbon yang disusun oleh kementerian agar Malaysia menjadi hab perdagangan karbon serantau.

MoF turut memaklumkan bahawa rangka kerja cukai karbon yang sedang dibangunkan turut diselaraskan dengan perundangan serta dasar berkaitan yang sedang digubal oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Ini merangkumi Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan