BURUH MENGAKU TIDAK BERSALAH CEDERA ISTERI GUNA SETERIKA

26/09/2024 05:08 PM

KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) -- Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya menggunakan seterika pada Isnin lepas.

Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Rambutan Rendang di sini pada 7.30 pagi, 23 Sept lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan memandangkan tertuduh masih suami isteri dan tinggal bersama dalam satu rumah. 

Hakim Zulkifli Abllah menetapkan 29 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan