POLIS CARI LELAKI MELOMPAT DI LANDASAN MONOREL BUKIT BINTANG

26/09/2024 10:52 PM

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan berkata video berdurasi empat saat tersebut telah dikesan dimuat naik di platform media sosial Xiaohongshu pada hari sama.

“Laporan polis berkenaan kejadian itu dibuat oleh Polis Bantuan Prasarana pada pukul 9.34 malam semalam. Walaupun usaha telah dilakukan untuk menahan suspek, identiti lelaki tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan malam ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan), dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis terdekat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan