BURUH WARGA EMAS MAUT DIREMPUH KERETA KETIKA SELENGGARA JALAN

26/09/2024 11:12 PM

TAWAU, 26 Sept (Bernama) -- Seorang buruh lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan jalan di Kilometer 32, Jalan Tawau-Kunak di sini pada 8.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata mangsa berusia 62 tahun itu tercampak sejauh 27 meter selepas dirempuh kereta berkenaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

"Polis menerima maklumat pada 8.50 pgi berhubung kejadian itu dan siasatan awal mendapati pemandu kenderaan seorang lelaki dari arah Kunak menuju ke Hospital Tawau dipercayai memandu laju sambil memintas dua kenderaan lain.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta, seorang lelaki berusia 23 tahun, dipercayai memandu laju sambil memintas dua kenderaan lain dari arah Kunak menuju ke Hospital Tawau. Kereta tersebut hilang kawalan, terbabas ke kanan jalan, dan melanggar mangsa yang sedang bertugas bersama dua rakan sekerja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kedua-dua rakan sekerja mangsa dan pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu tersebut ditahan untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan