GISBH: EMPAT INDIVIDU DISAMBUNG REMAN TIGA HARI

27/09/2024 03:42 PM

KOTA BHARU, 27 Sept (Bernama) -- Empat individu disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), selepas reman mereka berakhir hari ini.

Permohonan reman dikemukakan polis dan dibenarkan Majistret Rais Imran Hamid di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini.

Terdahulu, kesemua suspek berusia lingkungan 15 hingga 45 tahun itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada 9.20 pagi dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini media melaporkan kesemua empat lelaki warga tempatan itu direman tiga hari bermula 25 Sept lepas.

Polis mengadakan serbuan Op Global pada 11 Sept terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH, kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISBH.

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan