EKONOMI

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Teruskan Kenaikan Lima Hari Berturut-turut

25/09/2024 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini meneruskan kenaikan bagi lima hari berturut-turut, disokong oleh keyakinan berterusan terhadap kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah. 

Kontrak niaga hadapan emas September 2024 meningkat kepada US$2,658.50 setiap auns troy daripada US$2,632.70 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,671.50 setiap auns troy daripada US$2,645.70 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 35 lot daripada lapan lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 80 kontrak daripada 49 kontrak sebelumnya.

Mengikuti penetapan harga London Bullion Market Association pada 24 Sept 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,635.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan