AM

62,635 Pemilik Kenderaan Singapura Aktifkan Tag RFID VEP

27/09/2024 07:45 PM

PUTRAJAYA, 27 Sept (Bernama) -- Sebanyak 62,635 kenderaan persendirian Singapura telah mengaktifkan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) sebagai persediaan penguatkuasaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata penguatkuasaan VEP dilaksanakan bermula 1 Okt ini secara berfasa.

“Semua kenderaan asing Singapura yang belum memiliki VEP masih boleh memasuki Malaysia seperti biasa.

“Bagaimanapun, semua pemilik kenderaan persendirian Singapura yang belum mendapatkan tag RFID VEP akan diberi peringatan di pintu masuk untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP,” katanya.

Beliau berkata pendaftaran, pemasangan dan pengaktifan tag RFID VEP boleh dilakukan di Pejabat TCSens, Danga Bay, Johor Bahru dan Akademi JPJ Wilayah Selatan, Johor Bahru.

Selain itu, ia juga boleh dilaksanakan di Pejabat JPJ Johor, Taman Daya, Johor Bahru dan VEP Collection Centre, Woodlands.

Beliau berkata Notis Amaran akan diberi kepada pemilik kenderaan persendirian Singapura sebelum meninggalkan Malaysia sekiranya masih belum memiliki VEP.

Pendaftaran dan maklumat lanjut berkenaan tag RFID VEP boleh dilakukan melalui laman sesawang https://vep.jpj.gov.my/.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan