AM

UM Sahkan Kemasukan Pelajar Cemerlang Izz Imil

29/09/2024 09:30 PM

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Universiti Malaya (UM) hari ini mengesahkan kemasukan pelajar cemerlang berusia 12 tahun Izz Imil Sharom yang juga merupakan pelajar termuda universiti itu sejak penubuhannya pada 1962. 

Naib Canselor Universiti Malaya Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dalam kenyataan berkata kanak-kanak itu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Malaya. 

Beliau berkata Izz Imil telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh universiti dan diluluskan Senat Universiti bagi menyambung pengajian di UM. 

“Memandangkan usia Izz Imil yang begitu muda, pihak universiti memohon semua pihak untuk  memberikan ruang dan privasi kepada pelajar berkenaan melalui proses pembelajaran dan penyesuaian diri di universiti.

“Perkara ini penting bagi membolehkan beliau dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik,” katanya. 

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang memaparkan Izz Imil berjaya memasuki universiti itu sekali gus mencatat sejarah pelajar termuda berjaya mendaftar masuk ke UM sejak penubuhannya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan