AM

Mohd Dusuki Dilantik Peguam Negara Baharu Berkuat Kuasa Esok

11/11/2024 03:23 PM

PUTRAJAYA, 11 Nov (Bernama) -- Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuat kuasa esok.

Pengumuman pelantikan itu dibuat Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Azri, pelantikan Mohd Dusuki telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Dusuki, 57, menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Shamsul Azri berkata Mohd Dusuki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.

Beliau mempunyai pengalaman luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di AGC.

Sementara itu, Shamsul Azri turut menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Terrirudin atas perkhidmatannya selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara sejak 6 Sept 2023.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan