AM

Kementerian Perpaduan Negara Perkukuh Keharmonian Menerusi Kerjasama Antara Agensi

29/12/2024 03:42 PM

MELAKA, 29 Dis (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara mengambil pelbagai langkah proaktif dalam menyebarluaskan wadah perpaduan nasional termasuk dalam anggota kerajaan melalui kerjasama penganjuran program antara jabatan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata ia seiring dengan visi dan misi kementerian, iaitu sebagai peneraju perpaduan yang inklusif ke arah kemakmuran bersama.

"Pendekatan ini boleh dilakukan dengan membangunkan kerjasama strategik dan sinergi antara agensi bagi penganjuran program bersama selaras dengan konsep Integrated Strategy yang memberikan fokus kepada idea whole-of-government membabitkan integrasi antara jabatan kerajaan. 

"Langkah ini dapat meningkatkan usaha baharu penyatupaduan untuk membina tapak integrasi bagi pengukuhan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Festival Anak Seni Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2024 di Panggung Bangsawan Melaka di Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi program seumpama itu juga, dilihat dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap unsur patriotisme, pembangunan komuniti dan keunikan warisan budaya bangsa.

Festival yang bermula pada 26 Dis dan berakhir hari ini disertai hampir 700 orang daripada 18 badan gabungan MAKSAK dengan tiga acara utama dipertandingkan, iaitu Nyanyian Lagu Asli, Tarian Rampaian dan Battle of The Bands.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan