JENAYAH & MAHKAMAH

Seorang Lelaki Ditahan Selepas Ugut Pegawai Mahkamah, Polis

11/11/2025 11:40 PM

SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki ditahan selepas bertindak memprovokasi dan menggugut Bailif Mahkamah Tinggi Shah Alam dan anggota polis yang menjalankan tugas di sebuah rumah di Pandamaran, Klang dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Ramli Kasa berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi pegawai mahkamah dan anggota polis terbabit sedang menyempurnakan writ saman mahkamah tinggi di premis terbabit. 

"Seorang lelaki yang berada di dalam premis tersebut telah memprovokasi pegawai mahkamah itu dan anggota polis, dengan bertindak memecahkan botol kaca serta melafazkan kata-kata ugutan. 

"Tangkapan terhadap lelaki warga tempatan itu dibuat atas kesalahan menghalang penjawat awam untuk menjalankan tanggungjawabnya dan ugutan jenayah. Siasatan lanjut akan diteruskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau dalam kenyataan sama menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan