JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Kesan Lelaki Dilaporkan Hilang Sejak 28 Nov

02/12/2025 09:00 PM

JOHOR BAHRU, 2 Dis (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 28 Nov lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Azrol Anuar Nor berkata Shahrul Abdullah, 52, memiliki fizikal kurus dengan ketinggian 170 sentimeter, berambut pendek dan berkulit hitam. 

“Dia beralamat di No 17 Jalan Bekok Taman Johor, Tampoi di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Azrol Anuar memohon orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi lelaki itu agar segera menghubungi Ketua Polis Balai Tampoi Inspektor Helmy Halim di talian 012-575 9953 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di 07-556 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan