KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.70 mata kepada 1,616.79 daripada 1,614.09 pada Rabu.
At 9.05 am, the FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) added 2.70 points to 1,616.79 from Wednesday’s close of 1,614.09.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.05 mata kepada 1,616.14.
Suasana pasaran positif dengan 226 kaunter untung mengatasi 101 kaunter rugi manakala 285 kaunter kekal tidak berubah, sebanyak 1,844 saham tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 193.50 juta unit bernilai RM91.02 juta.
Rakuten Trade Sdn Bhd berkata Wall Street terus mencapai rekod tertinggi dengan saham teknologi mendahului, peniaga menunggu data pekerjaan AS terkini dijadual akan dikeluarkan esok, ia mungkin mempengaruhi pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) terhadap kadar faedah.
"Di peringkat tempatan, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,615-1,625 hari ini dengan harapan ia akan melepasi paras 1,630 untuk mengelak fasa penyatuan yang berpanjangan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Pedagang ActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia mungkin akan didagangkan secara positif pada Khamis, didorong oleh keyakinan dalam sektor teknologi dan komunikasi berikutan peningkatan di Wall Street.
Beliau berkata ia berlaku apabila hasil AS berkurangan dan dolar AS melemah, mewujudkan perkembangan yang menggalakkan.
“Selain itu, sektor tenaga boleh menarik perhatian apabila peserta memantau perkembangan daripada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) lewat hari ini.
"Senario asas untuk mesyuarat itu ialah lanjutan tiga bulan kuota pengurangan pengeluaran semasa, dengan lanjutan enam bulan dilihat sebagai kenaikan harga minyak," katanya.
Walaupun pengurangan pengeluaran dijangka tidak akan berlaku ketika ini, sebarang perbincangan mengenainya, ditambah dengan lanjutan tiga atau enam bulan, ia akan bantu menyokong harga minyak dan saham berkaitan tenaga, kata Alves.
Dalam saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank tidak berubah, masing-masing pada RM10.18 dan RM4.53 manakala CIMB menambah lima sen kepada RM8.25 dan Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM13.70 bagaimanapun IHH turun dua sen kepada RM7.28.
Bagi kaunter aktif, Cropmate Bhd yang baru disenaraikan menambah satu sen kepada 21 sen, MMS Venture meningkat 0.5 sen kepada 49.5 sen, Silver Ridge merosot 10 sen kepada 54 sen manakala Solution Group dan Mestron tidak berubah, masing-masing pada 17 sen and 30.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 31.44 mata kepada 12,346.07, Indeks FBMT 100 naik 31.12 mata kepada 12,031.80, Indeks FBM 70 melonjak 87.75 mata kepada 18,324.85, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 32.19 mata kepada 12,338.66, bagaimanapun Indeks FBM ACE berkurangan 36.27 mata kepada 5,228.98.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 27.46 mata kepada 19,161.18 dan Indeks Perladangan meningkat 12.88 mata kepada 7,759.94, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan melonjak 0.23 mata kepada 176.36 manakala Indeks Tenaga naik 1.05 mata kepada 818.53.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial