KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) – Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari berikutan aktiviti penjualan yang berterusan melibatkan saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor penjagaan kesihatan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.
Pada 12.30 tengah hari, Indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) merosot 6.43 mata atau 0.40 peratus kepada 1,602.54 daripada 1,608.97 semasa ditutup semalam selepas dibuka rendah 5.78 mata kepada 1,603.19.
Indeks itu bergerak antara 1,598.93 dan 1,603.88 sepanjang sesi dagangan pagi.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 560 berbanding 337 manakala 495 kaunter tidak berubah, 1,085 tidak didagangkan dan 21 yang lain digantung dagangan.
IHH Healthcare merosot 33 sen kepada RM7.11, Sunway berkurangan 18 sen kepada RM4.61 dan Petronas Chemicals rendah 9.0 sen kepada RM5.00, dengan semua kaunter ini menyebabkan indeks komposit menyusut 8.06 mata.
Malacca Securities Sdn Bhd mengulangi keyakinan terhadap sektor pembinaan dan bahan bangunan berikutan realisasi pendapatan daripada pembinaan kemudahan pusat data yang bermula awal tahun ini.
“Minat belian turut muncul dalam industri pertengahan pusat data menerusi sektor teknologi seperti penyelesaian IT, keselamatan siber, pemacu cakera keras, perkhidmatan pembuatan elektronik, dan pengujian serta pemasangan semikonduktor luaran, didorong oleh kemudahan pusat data yang telah selesai serta berita mengenai Google Cloud semalam.
“Akhir sekali, peniaga juga boleh memburu peluang dagangan dalam kaunter sarung tangan berikutan momentum kukuh dalam harga saham masih berterusan,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Petronas Gas susut 16 sen kepada RM17.06, Hong Leong Bank berkurangan 24 sen kepada RM20.50 dan Telekom Malaysia turun 10 sen kepada RM6.52,
manakala Public Bank menokok 4.0 sen kepada RM4.56 dan Tenaga Nasional naik 12 sen kepada RM13.80.
Bagi saham aktif, Dagang NeXchange naik 4.0 sen kepada 39.5 sen, SNS Network Technology meningkat 1.5 sen kepada 58.5 sen, Skyworld Development mengukuh 1.0 sen kepada 63.5 sen,
MYEG rendah 1.0 sen kepada 92.5 sen manakala Velesto Energy tidak berubah pada 15.5 sen.
Di pasaran lebih luas, Indeks FBM 70 rendah 56.13 mata kepada 18,437.67, Indeks FBM Emas Syariah susut 72.58 mata kepada 12,283.99, Indeks FBM ACE rendah 8.76 mata kepada 5,278.05,
Indeks FBM Emas susut 42.84 mata kepada 12,297.21 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 44.64 mata kepada 11,978.67.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 1.49 mata kepada 174.72,
Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 0.84 mata kepada 19,101.60, Indeks Tenaga rendah 0.98 mata kepada 821.09 dan Indeks Perladangan berkurangan 50.01 mata kepada 7,675.15.
Sementara itu, dagangan saham Axiata Group Bhd akan disambung semula berkuat kuasa 9 pagi, Khamis, 12 Dis 2024.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial