KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham.
Bursa melalui satu kenyataan memberitahu peningkatan ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada tindak balas kolektif industri terhadap insiden transaksi yang telah melanggar peraturan yang berlaku pada akhir April 2025.
Kertas cadangan tesebut merupakan output kolektif kumpulan kerja industri yang dibentuk pada Jun lepas, merangkumi wakil-wakil daripada pertubuhan bukan perbankan yang menyertai (PO) dan organisasi yang disokong oleh bank selain pakar-pakar keselamatan siber, yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Pengawalseliaan Bursa Malaysia, Julian M Hashim.
"Kumpulan kerja industri ini ditugaskan bagi menilai amalan keselamatan siber industri semasa untuk mengenal pasti kelemahan, membangunkan piawaian industri untuk teknologi maklumat dan tindak balas insiden yang dipertanggungjawabkan, serta mengesyorkan penambahbaikan peraturan dan operasi," kata Bursa Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Fad'l Mohamed berkata keutamaan bursa adalah untuk melindungi pelabur dan menegakkan kepercayaan yang mereka letakkan di pasaran sekuriti.
"Peningkatan ini mewakili komitmen industri ke atas setiap pelabur bahawa perlindungan keselamatan siber diambil dengan serius dan amat penting.
"Dengan mengukuhkan daya tahan siber ekosistem saham, kita secara aktif mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan pasaran yang mana para pelabur dapat berurus niaga dengan yakin selepas mengetahui bahawa pelaburan mereka dilindungi terhadap ancaman siber," katanya.
Bursa Malaysia akan mengamalkan pendekatan pengawasan dua serampang untuk membimbing pelaksanaan peningkatan, yang akan memberi tumpuan kepada pengukuhan Standard Keselamatan IT Bursa Malaysia (ITSS) bagi broker dengan menggabungkan piawaian keselamatan siber dan pengawalseliaan yang dikemukakan dalam kertas cadangan.
Ia juga akan memantapkan pengawasan bursa terhadap vendor perisian bebas (ISV) yang merupakan penyedia kepada sistem pengurusan pesanan (OMS).
"Cadangan ini sejajar dengan garis panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengenai Pengurusan Risiko Teknologi (GTRM) serta rangka kerja Pengurusan Risiko Bank Negara Malaysia dalam Teknologi (RMIT)," tambahnya.
Bursa tersebut berkata kertas cadangan itu bertujuan untuk meningkatkan standard dan daya tahan siber seluruh industri dengan menetapkan jangkaan yang jelas bagi broker termasuk tanggungjawab dalam menjalankan pengawasan yang berkesan terhadap penyedia perkhidmatan teknologi pihak ketiga mereka seperti ISV yang menyediakan OMS agar pematuhan terhadap keperluan Bursa Malaysia dapat dijamin.
Peningkatan ini dikelompokkan kepada sembilan tiang utama, membentuk rangka kerja yang komprehensif untuk kawalan keselamatan siber dan pengawalseliaan termasuk kawalan akses keselamatan; pengesanan dan perlindungan ancaman; pengurusan tampung; infrastruktur dan ketahanan operasi dan perancangan pemulihan.
Ia mengandungi pengawasan penyedia perkhidmatan teknologi; pengurusan insiden; latihan dan kesedaran serta penubuhan peranan keselamatan siber yang berdedikasi.
Perancangan pemulihan dan tiang pengurusan insiden tertakluk kepada pematuhan penuh dalam tempoh tiga bulan dari pengeluaran kertas cadangan, memandangkan peranan kritikal mereka dalam ketahanan operasi serta kesediaan tindak balas insiden.
"Bagi tiang yang melibatkan perubahan sistem atau peningkatan infrastruktur, pematuhan penuh disasarkan menjelang 31 Dis 2026.
"Untuk pertanyaan mengenai kertas cadangan itu, broken boleh menghantar e-mel kepada rswg-secretariat@bursamalaysia.com,” katanya lagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial