KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah prestasi positif pasaran tunai.
Pada 9.30 pagi ini, kontrak November 2025 susut setengah mata kepada 1,643.5, Disember 2025 dan Jun 2026 masing-masing pada 1,645.0 dan 1,630.0 manakala Mac 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,627.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,520 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 44,191 kontrak.
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 2.10 mata kepada 1,636.93 selepas 48 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Selasa di paras 1,634.83.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial