PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA KEKAL RENDAH PADA TENGAH HARI

12/11/2025 02:29 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan terutamanya dalam saham perladangan dan penjagaan kesihatan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.49 mata atau 0.21 peratus kepada 1,631.34 daripada 1,634.83 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.91 mata kepada 1,636.74 dan turun naik antara 1,630.19 dan 1,641.27 pada sesi pagi.

Pasaran secara menyeluruh negatif dengan 583 kaunter rugi mengatasi 367 kaunter untung manakala 514 kaunter tidak berubah, 1,255 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan sebanyak 2.17 bilion saham bernilai RM1.18 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan prestasi bercampur-campur berikutan peniaga memindahkan dana daripada saham teknologi kepada saham yang mempunyai penilaian lebih rendah.

“Dalam negara, kami menjangka indeks berada antara 1,630 dan 1,640 hari ini, disokong oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM9.91, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.29, CIMB berkurangan 11 sen kepada RM7.54 dan IHH Healthcare menurun lima sen kepada RM8.25 manakala Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM13.42.

Dalam senarai paling aktif, MMAG dan Farmiera, masing-masing berkurangan setengah sen kepada 8.5 sen dan 24.5 sen. Tanco naik satu sen kepada 94 sen manakala Perak Transit dan TWL, masing-masing mendatar pada 27.5 sen dan 2.5 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Nestle naik RM1 kepada RM113.0, Fraser & Neave meningkat 82 sen kepada RM31.02, United Plantations menambah 24 sen kepada RM26.04, PJBumi menokok 20 sen kepada RM1.78 dan Westports melonjak 20 sen kepada RM1.78.

Bagi kaunter paling rugi, Malaysian Pacific merosot 62 sen kepada RM30.78, Petronas Dagangan berkurangan 22 sen kepada RM22.70, Batu Kawan menurun 20 sen kepada RM19.0 dan Chin Teck Plantations susut 16 sen kepada RM10.70.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 merosot 13.0 mata kepada 11,859.36, Indeks FBM Emas berkurangan 16.52 mata kepada 12,097.79, Indeks FBM Emas Shariah menurun 4.92 mata kepada 12,127.91 dan Indeks FBM ACE susut 32.14 mata kepada 5,043.58 manakala Indeks FBM Mid 70 naik 35.49 mata kepada 16,921.22.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 12.41 mata kepada 8,163.99, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 52.69 mata kepada 18,391.20 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 0.18 mata kepada 168.10 manakala Indeks Tenaga naik 0.40 mata kepada 759.74.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan