PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH

12/11/2025 07:31 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan tiga hari untuk ditutup rendah pada Rabu apabila tekanan jualan muncul dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.

 Pengarah Strategi Pelaburan dan Pakar Ekonomi Negara IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pasaran yang lebih luas adalah bercampur-campur, menunjukkan pelabur kekal selektif menjelang keluaran data tempatan dan global yang penting.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.22 mata atau 0.19 peratus kepada 1,631.61 daripada paras penutup 1,634.83 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka tinggi 0.73 mata kepada 1,617.56, seterusnya bergerak antara paras 1,630.12 dan 1,641.27 sepanjang hari dagangan.

Pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 650 berbanding 463 manakala 557 kaunter tidak berubah, 1,049 tidak diniagakan dan 10 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.42 bilion unit bernilai RM2.85 bilion daripada 3.53 bilion unit bernilai RM2.85 bilion pada Selasa.

Mohd Sedek berkata penurunan dalam pasaran tempatan mencerminkan pengambilan untung jangka pendek dan bukannya kelemahan struktur, apabila pelabur beralih tumpuan kepada saham berorientasikan nilai.

Bagaimanapun, momentum ini disokong oleh jangkaan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga berdaya tahan, permintaan kredit yang stabil dan inflasi menyederhana, menandakan bahawa asas makro Malaysia secara beransur-ansur mengukuh.

“Secara keseluruhan, sentimen tempatan diunjurkan kekal didorong oleh data, dengan perhatian tertumpu pada trajektori ringgit, trend inflasi global dan panduan pendapatan akan datang, penentu utama untuk mengekalkan momentum pemulihan pasaran menjelang akhir tahun,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM9.94 dan Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM13.40. Public Bank susut tiga sen kepada RM4.27, manakala CIMB dan IHH Healthcare berkurangan enam sen masing-masing kepada RM7.59 dan RM8.24.

Bagi saham aktif, MMAG merosot 1.5 sen to 7.5 sen, Bumi Armada dan Dagang NeXchange turun satu sen masing-masing kepada 30 sen, Farmiera mula disenaraikan di Pasaran ACE naik 0.5 sen kepada 25.5 sen, manakala Perak Transit tidak berubah pada 27.5 sen. 

Saham paling untung menyaksikan Nestle meningkat 90 sen kepada RM112.90, Fraser & Neave melonjak 84 sen kepada RM31.04, United Plantations naik 44 sen kepada RM26.24, Dutch Lady menokok 32 sen kepada RM27.28 dan PJBumi naik 19 sen kepada RM1.77.

Bagi saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries turun 40 sen kepada RM31.0, Petronas Dagangan menguncup 26 sen kepada RM22.66, Hong Leong Industries berkurangan 22 sen kepada RM14.86 dan QL Resources merosot 13 sen kepada RM4.25.

Di papan indek pula, Indeks  the FBMT 100 Index turun 5.62 mata kepada 11,866.74, Indeks FBM Emas merosot 8.58 mata kepada 12,105.73, Indeks FBM Emas Shariah merosot 10.10 mata kepada 12,122.73, Indeks FBM ACE berkurangan 11.05 mata kepada 5,064.67, bagaimanapun FBM Mid 70 Index naik 69.73 mata kepada 16,955.46.

Bagi sektor, Indeks Perladangan merosot 2.92 mata kepada 8,173.48, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 16.03 mata kepada 18,427.86, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.55 mata kepada 167.73 dan Indeks Tenaga menguncup 1.25 mata kepada 758.09.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.48 bilion unit yang bernilai RM2.45 bilion daripada 1.55 bilion unit bernilai RM2.49 bilion pada Selasa.

Waran berkurangan kepada 1.36 bilion unit bernilai RM221.58 juta daripada 1.42 bilion unit bernilai RM213.42 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak kepada 578.30 juta saham bernilai RM179.56 juta berbanding 550.85 juta saham bernilai RM149.32 juta sebelumnya.

Di pasaran utama, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 319.57 juta saham, produk perindustrian dan perkhidmatan (222.83 juta), pembinaan (118.40 juta), teknologi (169.23 juta), perkhidmatan kewangan (72.31 juta), hartanah (206.27 juta), perladangan (63.77 juta), amanah pelaburan hartanah (REIT) (21.12 juta), dana tertutup (15,000), tenaga (120.17 juta), penjagaan kesihatan (77.49 juta), telekomunikasi dan media (33.66 juta), pengangkutan dan logistik (32.96 juta), utiliti (24.69 juta) dan amanah perniagaan (468,000).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan