PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH SUSULAN PENGAMBILAN UNTUNG, SENTIMEN BERHATI-HATI PASARAN SERANTAU

14/11/2025 11:03 AM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, diseret turun oleh pengambilan untung dalam kaunter wajaran tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.42 mata kepada 1,629.85 berbanding 1,632.27 ketika ditutup pada Khamis, selepas indeks dibuka rendah 1.46 mata pada 1,630.81.

Keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 347 berbanding 77, manakala 247 kaunter tidak berubah dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan pada 157.03 juta unit bernilai RM97.07 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street mencatatkan prestasi terburuknya dalam tempoh lebih sebulan apabila jualan teknologi semakin meningkat, sementara pelabur menjadi berhati-hati terhadap prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dengan jangkaan bahawa penurunan kadar faedah mungkin tidak berlaku dalam tempoh yang pantas.

Ia berkata kebimbangan mengenai penurunan kadar faedah Fed AS, terjejas oleh data pengangguran AS pada Oktober yang lebih lemah daripada jangkaan, menyumbang kepada jualan di pasaran AS dan boleh menjejaskan sentimen tempatan.

Bagaimanapun, kami menjangkakan pengukuhan ringgit akan menyediakan peluang dalam sektor dipacu domestik seperti perbankan, pengguna, pembinaan dan utiliti,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank turun satu sen masing-masing kepada RM9.94 dan RM4.29, Tenaga Nasional berkurangan dua sen kepada RM13.48, manakala CIMB tidak berubah pada RM7.57, IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM8.26.

Bagi saham aktif, Pharmaniaga dan JCY merosot satu sen masing-masing kepada 25 sen dan 37 sen; VS Industry dan MMAG masing-masing turun 0.5 sen kepada 50 sen dan 7.5 sen, manakala Insights tidak berubah pada RM1.01.

Saham paling untung menyaksikan Dutch Lady naik RM1.40 kepada RM30.00, MI Technovation melonjak 19 sen kepada RM3.27, Petronas Dagangan menokok 14 sen kepada RM22.58, MBM Resources meningkat lima sen kepada RM5.23 dan United Plantations menambah empat sen kepada RM26.04.

Antara kaunter paling rugi, Malaysian Pacific turun 12 sen kepada RM30.48, VSTecs merosot 11 sen kepada RM4.28, Hong Leong Bank berkurangan 10 sen kepada RM20.88 dan Vitrox merosot sembilan sen kepada RM4.37.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 berkurang 24.39 mata kepada 11,847.95, Indeks FBM Emas turun 27.09 mata kepada 12,086.43, Indeks FBM Emas Shariah susut 31.90 mata kepada 12,099.06, Indeks FBM ACE turun 39.88 mata kepada 5,032.72 dan Indeks FBM Mid 70 menguncup 64.55 mata kepada 16,902.36.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 2.48 mata kepada 8,153.37, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.63 mata kepada 167.88, Indeks Perkhidmatan Kewangan kehilangan 30.81 mata kepada 18,435.12, manakala Indeks Tenaga susut 3.39 mata kepada 753.42.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan