PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TERUS BERADA DI ZON POSITIF PADA TENGAH HARI

02/12/2025 02:13 PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dengan kekal di zon positif, disokong oleh pengukuhan ringgit selaras dengan peningkatan sentimen pelabur.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.58 mata atau 0.41 peratus kepada 1,631.15 berbanding paras 1,624.57 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 2.50 mata lebih tinggi pada 1,627.07 bergerak di antara 1,626.59 dan 1,634.35 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran secara meluas bagaimanapun sedikit negatif, dengan kaunter rugi melebihi kaunter untung sebanyak 475 berbanding 429. Sebanyak 482 kaunter kekal tidak berubah, 1,302 tidak didagangkan, dan 10 digantung.

Sementara itu, jumlah dagangan mencapai 2.14 bilion unit bernilai RM1.60 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pihaknya terus menjangka Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman pada 2.75 peratus, satu langkah yang berpotensi mengukuhkan ringgit.

Ia berkata bursa tempatan juga dijangka disokong sebahagiannya oleh aktiviti “window-dressing” atau memperbaiki akaun ketika ini.

“Faktor-faktor ini dijangka memihak kepada sektor yang dipacu oleh pasaran domestik, terutamanya kaunter perbankan, pengguna, REIT dan hartanah,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 29 sen kepada RM10.26, Public Bank naik enam sen kepada RM4.42, CIMB Group meningkat lapan sen kepada RM8.03, Tenaga Nasional susut 34 sen kepada RM12.98, manakala IHH Healthcare naik dua sen kepada RM8.42.

Bagi kaunter paling aktif, Capital A melonjak 16.5 sen kepada 41 sen, Genting Malaysia turun 10 sen kepada RM2.25, Tanco Holdings susut tiga sen kepada RM1.13, Zetrix AI merosot setengah sen kepada 81 sen, manakala Velesto Energy meningkat setengah sen kepada 23 sen.

Antara kaunter yang mencatat kenaikan tertinggi, Nestle melonjak RM4.40 kepada RM116.00, Fraser & Neave naik 88 sen kepada RM35.76, Allianz Malaysia meningkat 36 sen kepada RM19.86, Kuala Lumpur Kepong naik 20 sen kepada RM19.30, dan Petronas Gas bertambah 20 sen kepada RM17.70.

Dalam kalangan kaunter rugi utama, Malaysian Pacific Industries susut 36 sen kepada RM31.00, United Plantations merosot 36 sen kepada RM28.02, PPB Group turun 28 sen kepada RM10.30, Chin Teck Plantations susut 28 sen kepada RM10.72, dan Gamuda menurun 20 sen kepada RM5.10.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 25.12 mata kepada 12,023.99, manakala Indeks FBMT 100 Index naik 27.49 mata kepada 11,817.75.

Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah merosot 57.78 mata kepada 11,845.68, Indeks FBM ACE turun 72.86 mata kepada 4,759.05, manakala Indeks FBM Mid 70 susut 49.38 mata kepada 16,686.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 297.38 mata kepada 19,082.83, dan Indeks Perladangan meningkat 40.56 mata kepada 8,074.48, manakala Indeks Tenaga merosot 2.43 mata kepada 747.02, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.03 mata kepada 164.93.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan