Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa susulan pengeluaran mungkin telah mencapai kemuncak musim, kata peniaga minyak sawit.
David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih kukuh ketika waktu dagangan Asia turut membantu meningkatkan sentimen pasaran.
“Kami mendapati paras sokongan kukuh di atas RM4,050 satu tan dan paras rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan Disember 2025 naik RM36 kepada RM4,096 satu tan, Januari 2026 meningkat RM55 kepada RM4,146 satu tan dan Februari 2026 menokok RM65 kepada RM4,159 satu tan.
Mac 2026 dan April 2026 masing-masing melonjak RM69 kepada RM4,173 dan RM4,176 satu tan, manakala Mei 2026 menambah RM67 kepada RM4,172 satu tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 64,559 lot daripada 51,780 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 227,917 kontrak daripada 280,164 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan meningkat RM20 kepada RM4,130 satu tan daripada angka semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial