KOTA KINABALU, 12 Nov (Bernama) -- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding di 55 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov ini.
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata seramai 51 calon diumumkan hari ini manakala baki empat lagi akan diumumkan esok.
“Daripada calon kita umumkan hari ini, 33 adaah peratus muka baharu,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.
Seramai 29 calon yang diumumkan adalah penyandang manakala 22 lagi baharu termasuk dua presiden parti komponen dalam GRS iaitu Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang akan bertanding di DUN Pintasan dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman bagi DUN Bongawan.
Sementara itu, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan bertanding di DUN Sulaman yang dimenanginya pada PRN lepas.
Hajiji berkata semua calon GRS akan mengangkat aspirasi rakyat Sabah dalam usaha memastikan kesinambungan dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menjadi asas perjuangan ke arah membina negeri lebih maju, progresif, makmur dan sejahtera.
“Keluarga besar GRS bersedia berkhidmat dan berbakti dengan masyarakat Sabah. Kita rapatkan saf kepimpinan, kita perkukuh semangat perjuangan.
"Kita pastikan menang dalam pilihan raya ini... insya-Allah, jika kita ada semangat ini, kita akan kembali meneraju tampuk pemerintahan kerajaan Sabah,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata calon yang diumumkan adalah gandingan antara individu berpengalaman dengan muka baharu yang diyakini beliau mampu memberi kemenangan kepada GRS pada PRN kali ini.
“Saya berharap dengan pengumuman calon tadi, penyokong GRS dan juga parti-parti komponen mesti kerja kuat untuk memastikan calon kita menang dalam pilihan raya... kita akan menggunakan bendera sama (iaitu) bendera GRS,” katanya.
Berikut adalah senarai calon GRS pada PRN Sabah ke-17 yang diumumkan hari ini:
N01 Banggi Datuk Mohammad Mohamarin
N02 Bengkoka Dr Samuil Mopun
N03 Pitas Datuk Seri Ruddy Awah
N04 Tanjung Kapor Datuk Chong Chen Bin
N05 Matunggong Datuk Julita Mojungki
N06 Bandau Datuk Redonah Bahanda
N07 Tandek Datuk Hendrus Andong
N08 Pintasan Tan Sri Pandikar Amin Mulia
N09 Tempasuk Datuk Mohd Arsad Bistari
N10 Usukan Datuk Japlin Akim
N11 Kadamaian Mudezaim Muyau
N12 Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor
N13 Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya
N15 Kiulu Datuk Joniston Bangkuai
N16 Karambunai Datuk Arshad Idris
N17 Darau Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi
N24 Tanjung Keramat Shah Alfie Yahya Ahmad Shah
N26 Moyog Joeynodd Aiiko Roland C. Bansin
N27 Limbahau Datuk Juil Nuatim
N28 Kawang Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar
N29 Pantai Manis Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir
N30 Bongawan Tan Sri Anifah Aman
N31 Membakut Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif
N32 Klias Datuk Isnin Aliasnih
N33 Kuala Penyu Datuk Limus Jury
N34 Lumadan Datuk Ruslan Muharam
N36 Kundasang Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam
N37 Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun
N38 Paginatan Datuk Abidin Madingkir
N39 Tambunan Datuk Victor P Paut
N41 Liawan Datuk Annuar Ayub
N43 Kemabong Datuk Rubin Balang
N45 Sook Datuk Ellron Angin
N46 Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin
N47 Telupid Datuk Jonnybone J Kurum
N48 Sugut Datuk James Ratib
N49 Labuk Datuk Samad Jambri
N51 Sungai Manila Hazem Mubarak Musa
N52 Sungai Sibuga Datuk Amirshah Yaakub
N53 Sekong Puan Sri Diana Diego
N57 Kuamut Datuk Masiung Banah
N58 Lamag Johainizam Johari
N59 Sukau Datuk Juhari Janan
N60 Tungku Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan
N62 Silam Datuk Mizma Appehdullah
N63 Kunak Datuk Norazlinah Arif
N65 Senallang Datuk Marunda KK Ampong
N66 Bugaya Noorudin Abdul Hussin
N67 Balung Syed Ahmad Syed Abas
N68 Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
N71 Tanjung Batu Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial