KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menang dengan majoriti 6,837 dalam persaingan empat penjuru.
Mohd Shafie menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Marunda KK Ampong daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Mohd Lipai @ Samsu Sundalu (Parti Impian Sabah) dan Abdul Majid Angkulan (Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA)
Pada PRN 2020, Mohd Shafie memperoleh majoriti 4,631.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial