LONDON, 29 Nov (Bernama) -- Aktivis perintis hak asasi manusia dan pejuang tindakan iklim, Mohamed Nasheed telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Warga Global 2024. Beliau merupakan bekas Presiden Maldives dan pada masa ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Forum Kerentanan Iklim. Penghormatan tahunan ini disampaikan oleh firma penasihat mastautin dan kewarganegaraan antarabangsa terkemuka, Henley & Partners, dengan kerjasama Andan Foundation, sebuah organisasi kemanusiaan bukan untung Switzerland, sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang berkesan dalam memajukan hak asasi manusia dan daya tahan iklim di seluruh dunia.
Anugerah berprestij itu memberikan penghormatan kepada individu yang menunjukkan keberanian dan komitmen luar biasa dalam memperbaiki dan menyokong komuniti global dan telah disampaikan pada majlis gala semasa Persidangan Kewarganegaraan Global tahunan yang ke-18 di Singapura. Persidangan itu menghimpunkan presiden dan perdana menteri, menteri dan pegawai kanan kerajaan yang lain, ahli akademik terkemuka, serta penasihat pelanggan peribadi peringkat tinggi dan profesional pengurusan kekayaan.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial