SANTA CLARA, Calif., 11 Nov (Bernama) -- Cloudera, satu-satunya syarikat yang membawa teknologi AI kepada data di mana-mana sahaja, hari ini mengumumkan penerbitan laporan global terbaharu. Laporan tersebut, yang dibangunkan dengan kerjasama Finextra Research, berdasarkan tinjauan terhadap 155 orang eksekutif dan pemimpin industri di seluruh dunia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan AI hibrid telah menjadi strategi penting dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan 91% organisasi menilai pendekatan hibrid sebagai sangat bernilai. Selain itu, walaupun penerimagunaan AI kini meluas, kajian tersebut mengesahkan bahawa halangan berkaitan data dan keselamatan yang ketara masih menghalang syarikat daripada mencapai integrasi menyeluruh di peringkat perusahaan.
Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa 62% organisasi perkhidmatan kewangan kini menggunakan pendekatan AI hibrid yang merangkumi awan awam, pusat data dan persekitaran pinggir bagi membolehkan pelaksanaan AI di mana sahaja data berada. Model ini dianggap penting untuk mengurus sistem legasi, meningkatkan kecekapan penskalaan serta menangani tugasan intensif sumber seperti latihan dan pelaksanaan model AI. Penerimagunaan meluas ini membuktikan bahawa infrastruktur fleksibel berasaskan konsep “data di mana-mana” bukan lagi satu pilihan tetapi kini menjadi keperluan asas untuk memperoleh kelebihan daya saing.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial