KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- IKIM memandang serius kebimbangan masyarakat berhubung kewujudan premis tertutup yang dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral. Meskipun siasatan pihak berkuasa tidak membawa kepada sebarang dakwaan undang-undang atas faktor ketiadaan bukti teknikal yang mencukupi, isu ini tetap berpotensi menjadi jalan kepada kerosakan sosial dan memerlukan tindakan pencegahan yang sewajarnya.
Dalam Islam, prinsip Sadd al-Zarā’i menggariskan bahawa segala perkara yang membuka ruang kepada maksiat wajib dicegah sebelum kerosakan berlaku. Premis yang menyediakan suasana, kemudahan, atau fasiliti yang mendorong perlakuan salah — walaupun tiada jenayah dibuktikan — tetap berada dalam kategori risiko syubhah tinggi dan perlu ditangani secara berhemah serta tegas. Pendekatan ini seiring dengan tujuan-tujuan syariah (Maqāṣid al-Sharīʿah) dalam menjaga agama, akhlak masyarakat, maruah dan keselamatan.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial